25 Oct 2009

aduh stress giler arrrrr...............

salam........

lumrah bagi student untuk merasakan stress dan hilang semangat lebih2lagi apabila bersangkutan dengan exam. tapi kalo dilayankan sangat perasaan stress dan down tu alamat xhabisle jawabnya.buat bodo saja. lama2 akan berlalu masa2 suram itu.buat ape kau fikirkan lame2? benda dah berlalu bukannya kau boleh kembali ke masa itu.kau ingat ni cam citer back to the future ke? daripada kau terlalu memikirkan maslah kau tu lebih baik kau fikirkan jalan penyelesaian lagi berfaedah. gagal sekali bukan berarti gagal selamanya. tiada istilah gagal melainkan kalo ko gagal mengucapkan kalimah LAILAHAILLALLAH ketika kau menghembuskan nafas terakhirmu. itulah istilah gagal yang sebenarnya. irreversible, fatal dan no turning back. sedangkan gagal yang lain itu bukanlah gagal namanya melainkan kau boleh mengubah dan membetulkannya. kau paham maksud aku? kau nak pertolongan disaat kau memerlukan? senang saja lakukan perkara yang sama kepada orang lain diwaktu kau sedang senang.nescaya diwaktu kau susah nanti ALLAH lah yang akan membuka jalan bagimu akibat dari perbuatan baikmu sewatu kau senang dulu. dan ingat pada akhirnya nanti kau pasti jua akan menyelesaikan studimu dan apa jua yang kau usahakan itu. it is just a matter of time. glory is in front of u. a lil bit of effort, believe, faith, pray and struggle will send u directly to it. like i just said before, IT IS JUST A MATTER OF TIME.....................

11 Oct 2009

Sekali sekala menggunakan kepala hotak

salam

entri kalini mengajak koang untuk berfikir simple tapi bermakna besar. pernah tak kau fikir betapa besarnya saiz badan kita ni jika nak dibandingkan dengan seekor semut? betapa giganticnya kita kalo nak buat perbandingan. tapi pernah tak kau fikir jugak betapa kecilnya saiz kita ni jika nak dibandingkan dengan saiz bumi.lebih kecil dari titik yang kecil kalo nak buat perbandingan. Lepas tu plak pernah tak kau terfikir bahwa jika dibandingkan bumi dengan galaksi2 yang entah berapa jumlahnya, bumi ni pun sangat kecil mungkin lebih kecil daripada titik jika nak dibuat perbandingan. Dan daripada semua perbandingan2 itu pernah tak kau terfikir bahwa ALLAH MAHA BESAR DENGAN MENCIPTAKAN SEMUA ITU!!!!! dari yang sekecil2 makhluk sampai dengan sebesar2nya semua itu ALLAH yang cipta! semuanya diciptakan dengan sebegitu detailnya dan masing2 mempunyai peranan masing dan ALLAH tidak pernah lepas kontrol terhadap semua ciptaanNYA. SUBAHANALLAH.

"Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir) dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Dia jadikan padanya pasangan: Dua-dua. Dia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. " Ar-Ra'd 13 : 3

25 Sep 2009

Fascinating Melaka


salam. sempena hari raya ni aku sebagai rakyat melaka ingin sedikit berkongsi kemakmuran dan keindahan serta kemajuan negeri melaka dengan korang semua. enjoy.......



melaka bandaraya warisan dunia.btol2 ni bukan memain



selamat datang ke melaka



clasical view of developed melaka


antara identiti melaka


ni satu lagi. satu dunia datang sebab nak tgk benda ni.



masjid kebanggaan rakyat melaka. aku smayang jumaat kat sini.



agama lain tetap dihormati. resepi kemakmuran melaka.



menara taming sari. bleh tengok view melaka dari atas. tapi biasa yang naik orang luar. kalo tanya orang melaka berapa kerat je yang dah naik.



menara yang boleh naik turun. menara kl bleh buat camni? mane dapat.....



dataran pahlawan. tu yang huruf M tu takyah datang pun xpe boikot le.



malam di dataran pahlawan. happening beb.



melaka mega mall. aku pun tak penah masuk lagi tapi sebab lawa aku amik je gamba.



mahkota medical centre. sebab rakyat melaka ramai makin kaya maka hospital swasta makin banyak didirikan.



mahkota century hotel. bukak pose kat sini best beb. depan mahkota parade je



melaka river cruise.belom siap pun nampak lawa gak.pergh. xyah g venice, melaka pun dah mantap.


waktu senja dinegeri maju. tu yang belakang tu eye on malaysia tapi xsempat pegi sebab nak maghrib.


Bangunan majlis bandaraya melaka. tempat lepak. ade skrin bleh tgk epl ramai2.



maksud gamba ini adalah untuk menunjukkan kebersihan jalan2 dimelaka.dimana2 memang beginilah panorama jalan2 dimelaka.susah nak tgk sampah kat melaka. orang melaka memang jaga kebersihan.


tarikan pelancong untuk non muslim. kalau kau masuk kau same la dgn non muslim.



beca.biasanya bro2 beca speaking english saja.haha



tempat parking berteknologi tinggi. negeri majula katakan.........



sebahagian rakyat melaka yang cool.....



friendly citizen of melaka. aku tak kenal pun apek ni tapi biasala sebab rakyat melaka sporting maka dia pun menghadiahkan senyuman kat aku.


mat saleh pun terpegun tgk melaka. " i thought i was in europe" kata dia.


satu lagi pic rakyat melaka yang cool di salah satu mercu tanda melaka.


p/s : sampai di sini dulu. ni baru sikit je ni.baru satu dua tempat je.banyak lagi yang aku tak pegi. next time punya cuti aku amik.bukan ape sebagai rakyat melaka aku rasa aku patut berkongsi kemakmuran dan keindahan melaka dengan kau orang semua.datanglah melaka. anda akan terpegun dengan negerinya. ok silakan tengok lagi skali kalo tak puas.........

20 Sep 2009

BARU LEPAS TAKBIR TADI.......

salam

malam ni malam raya. besok kita akan menyambut raya. tapi sebelum beray sakan aku ingin mengajak kita semua pikir kejap.kejap je. camni, kan raya tu maksudnya kita meraikan kemenangan kita semasa bulan ramadhan? melawan hawa nafsu dan rasa hati kita? dalam kata lain idul fitri adalah untuk mereka yang menang. so aku nak mengajak kita semua sama2 fikir kejap je. tanya dalam diri kita. "ramadhan taun ni aku menang ke? atau ramadhan ni aku sekadar lapar dan dahaga je tapi tak dapat ape2? kalau begitu layakkah untuk aku menyambut hari raya sakan?
kalo aku sendiri aku pun tak tau ape jawapan dia. tapi satu hal aku sentiasa optimis dan husnuz zhon dengan ALLAH. mudah2an kalau tak menang total pun menang sikit pun ALHAMDULILLAH. mudah2an kita suma termasuk dalam golongan orang yang berjaya dalam bulan ramadhan ni. amin

p/s : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA. AKU MENGHARAPKAN AGAR KORANG MEMAAFKAN DOSA AKU PADA KORANG JIKA AKU PERNAH BERBUAT SALAH PADA KORANG. AKU HANYALAH ORANG BIASA YANG SELALU BERBUAT KESALAHAN.MAAFKAN AKU. SEMOGA KAU2 SEMUA DIRAHMATI OLEH ALLAH S.W.T

15 Sep 2009

speak english laaa......

mdm x : good morning, may i help u?

aku : good morning i would like to make an islamic maybank account

mdm x : oh ok can u give me your id please?

aku : here u are

mdm x : ok, hafiz is it? still study? where?

aku : indonesia.

mdm x : what course?

aku : im taking medicine.

mdm x : oh u are taking medics there? since when? are u in your semester break?

aku : yes i am. i've been there since 2005 and now im in my fourth year. i just came back for hari raya break. short break only. until 30th of september.

mdm x : how are u there? i've heard that indonesian are launching anti malaysia's protest?

aku : im fine nothing serious happens. but the situation are getting worse. the media are telling lies and bad things about malaysia. they provoke their citizens too much until most of them have some kind of prejudice to malaysia.

mdm x : waa is that so? it is really not fair. they forgot how many of their citizens work here? what a low mentality they have. dont forget about rapping, thieft, samun and all that things they did here. they also cause a lot of trouble here. aren't they reallize that?

aku : yes that's right. but their media never exposed any of that.they only tell that their workers here are being tortured and our country is stealing most of their cultures and foods.

mdm x : wa teruk la....

aku : itu la. but for me, im not blaming their citizens, but i put the blame onto their media because too much provoke. and most important thing is respect. we have to respect each other and people are losing it.

mdm x : yes u are right.ok this is your card and i want you to go to the cash deposit machine and put 250 and then u are done. u can change your pin number after this

aku : oh ok thanks a lot aunty.

mdm x : ok you are welcome.

p/s : entri ini tidak bermaksud ape2 melainkan aku nak menjadi sedikit bangga sebab perbualan diatas tidak dibuat2 tetapi betul terjadi. aku speaking orang puteh kat bank tadi ngn mdm x tu.haha dah bertaun lamenya xguna bahasa org puteh.memang le agak broken tapi aku xsangka le bleh speaking hampir penuh dengan bahasa omputeh ni. dan aku berbangga dengan diri aku gakle sebab aku rasa macam xreti nak cakap omputeh tapi kekadang tu bila cakap ok je hahaha.walaupun dgn grammar yang tunggang langgang tapi bila orang paham cakap aku maksudnya xde la hampeh sangat.hahahaha mintak maaf jika pembaca annoy dengan entry ni.mungkin english koang lebih mantap tapi aku tetap bangga gak.hahaha.

11 Sep 2009

entri penenang jiwa dan penyejuk mata


hasan al bana




yusuf islam



syeikh ahmed deedat



syeikh ahmad yasin



tuan guru nik aziz nik mat


entri kalini adalah bertujuan untuk menyejukkan mata dan hati dengan melihat orang2 yang hidupnya ditujukan untuk mendapat keredhaan dan hidup mereka juga mereka dedikasikan untuk kemaslahatan umat. kalo dari redup wajah mereka mungkin dalam benak kita memikirkan mungkin wajah2 inilah yang akan mendiami syurga insyaALLAH. memang boleh nampak nur dari wajah mereka. ok silakan merenung wajah2 ni.

p/s - Ya ALLAH semoga aku juga dapat menjadi seperti mereka dalam hal mencari keredhaan MU. AMIN.

10 Sep 2009

otak ade, pakai.............



salam

aku cuma nak beri nasihat kepada semua orang supaya dalam setiap tindakan yang ingin kita lakukan lebih2 lagi tindakan yang crucial seperti tindakan yang melibatkan orang lain dan memberikan impak kepada orang lain, MAKA GUNAKANLAH AKAL FIKIRAN YANG TELAH DIBERI OLEH ALLAH SUBAHANAHUWATA'ALA DENGAN SEBAIK2NYA. ALLAH telah memberi akal fikiran kepada manusia supaya kita dapat membezakan antara baik dan buruk. JANGAN IKUT NAFSU, JANGAN IKUT PERASAAN, JANGAN IKUT EMOSI, NANTI MEMBAWA KESAN BURUK KEPADA DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN JUGA. kalo tidak kita tidak ada bezanya dengan binatang yang tidak diberikan oleh ALLAH dengan akal. manusia semakin menuju kepada sifat2 haiwan. kerna itu kita bisa lihat sekarang ni dunia sudah macam mane kroniknya. oleh sebab itu jugaklah dimana2 kita lihat banyak sekali bencana2 yang berlaku. itu semua peringatan dari ALLAH kerna tersasar jauhnya manusia dari jalan yang sepatutnya diikuti. so marilah kita sama2 kembali kepada sifat asal manusia yang diberi akal fikiran oleh ALLAH supaya dengan akal fikiran itulah kita terhindar dari kehancuran dan kemusanahan dan menuju kepada kebahagiaan.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.
( al-Baqarah ayat 11 - 12)

Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya. ( al- A'raaf ayat 56)

p/s : kalau perangai dah serupa binatang buat ape bercakap bahasa manusia lagi? baik menggonggong je lagi baik. makan tido mengawan je. benda lain dah xyah buat dah. btol x?